Hari Keluarga.NSOCM 2011 telah di adakan pada 24 Julai 2011 bertempat
di Pantai Remis , Jeram. Selangor antara jam 10 pagi hingga 2 petang.. Lokasi hari keluarga pada rancangan asalnya adalah di Pantai Indah Seaview Resort, Sg. Sembilang. namun terpaksa di pinda pada saat akhir disebabkan masalah caj tersembunyi /berlebihan yang di kenakan oleh pihak resort .
Kedudukan Pantai Remis terletak bersebelahan resort sahaja oleh itu pemilihannya di anggap berbaloi kerana tida kos sewa tapak dan ianya percuma.
En. Othman telah memilih suatu lokasi strategik di Pantai Remis tersebut dan telah membuat tinjauan awal pada hari sebelum untuk memastikan program berjalan lancar. Beliau juga adalah antara peserta terawal sampai bersama En. Eri dan En. Zainuri sekitar 8.00 pagi untuk memastikan tapak hari kelurga tidak di ganggu gugat...
Aturcara di mulakan dengan sedikit ucapan pengelola Hari keluarga , seterusnya mengedarkan borang teka kacang untuk semua peserta. Di samping, itu pertandingan mewarna juga di jalankan . Kaum bapa pula menyiapkan juadah BBQ ikan bakar dan kerang.. Jam 12.30 tgh hari semua peserta makan tengahari
Acara Sukaneka di jalankan setelah makan tengahhari. Acara sukaneka adalah seperti berikut ;
Golek bola pingpong- bawah 6 tahun
Bawa getah grip pakai straw - 7 hingga 9 tahun
Bawa bola pingpong pakai sudu - 10 hingga 12 tahun
Tiup Belon - sekolah menengah
kepit bola pakai copstick - acara Bapa
Kepit bola pakai copstick - acara Ibu
Pakaian beragam - Acara FamiliAcara Penyampaian hadiah dan di ikuti pula dengan acara terakhir iaitu acara misteri" duit syiling siapa yang paling banyak ! " Acara ini telah di menangi oleh En. Azman. Tahniah..
Sebelum Hari Kelurga bersurai suatu sessi bergambar di adakan.
Tamat pada 2.30 petang.