Selamat Datang ke Portal Rasmi

TERMA

Syarat-syarat dan peraturan untuk menjadi ahli Nissan Serena Owners Club Malaysia (NSOCM)

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan kepada pemohon untuk mendaftar menjadi ahli Nissan Serena Owners Club Malaysia (NSOCM) bahawa yuran penyertaan ahli sebanyak RM15.00 (Lima belas ringgit sahaja) akan dikenakan untuk menjadi Ahli Berbayar NSOCM

2.     Dengan pembayaran yuran dan persetujuan yang dibuat oleh ahli pada borang penyertaan, dan setelah mendapat kelulusan dari NSOCM, maka ahli tersebut akan menjadi ahli berbayar dan beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh NSOCM supaya tidak menyalahgunakan nama NSOCM di mana-mana sahaja.

Syarat-syarat dan peraturan untuk menjadi Ahli Berbayar NSOCM:


I.    Pemohon hendaklah memiliki kereta MPV Nissan Serena secara sah di segi undang-undang.
II.   Pemohon haruslah tidak terlibat dengan aktiviti jenayah dan bukannya warganegara yang dikehendaki  

       oleh pihak polis.
III.  Pemohon hendaklah membayar sebanyak RM15.00 (Lima Belas ringgit sahaja) untuk menjadi Ahli  

       Berbayar NSOCM.( Seumur Hidup )
IV.  Pemohon hendaklah merupakan seorang warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan 

       memiliki lesen memandu yang sah.

Syarat-syarat dan peraturan setelah menjadi Ahli Berbayar NSOCM:


I.    Ahli tidak dibenarkan membuat sebarang aktiviti atau perjumpaan yang menggunakan nama NSOCM   tanpa kebenaran daripada NSOCM terlebih dahulu. Ini kerana, jika tiada alasan yang munasabah aktiviti tersebut diadakan berkemungkinan ianya membawa kesan negatif terhadap masyarakat, dan nama NSOCM akan terjejas. Pihak NSOCM tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kes polis akibat aktiviti tersebut.


II.    Cenderahati, aksesori, produk barangan, aktiviti, dan segala aspek yang berkaitan NSOCM adalah tanggungjawab NSOCM. Ahli tidak dibenarkan menggunakan nama NSOCM untuk tujuan perniagaan tanpa mengaut keuntungan dari nama NSOCM. NSOCM berhak mengeluarkan saman kepada syarikat ataupun ahli yang menyalahgunakan nama NSOCM untuk tujuan perniagaan tanpa persetujuan atau usahasama.


III.    NSOCM tidak akan bertanggungjawab jika terdapat ahli yang terlibat dalam kegiatan luar seperti lumba haram, pengubahsuaian kereta yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Pengakutan Jalanraya dan sebarang perkara yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada nama NSOCM.


IV.    Ahli dikehendaki hadir pada setiap perjumpaan atau aktiviti yang dijalankan kecuali ada perkara yang tidak dapat dielakkan.


V.    NSOCM tidak akan bertanggungjawab diatas apa jua urusan jual beli sesama ahli. Jika terdapat sebarang penipuan berlaku, ahli hendaklah menyelesaikannya sendiri.


VI.    Bagi ahli yang ingin keluar dari NSOCM keahliannya dan segala keistimewaan akan ditarik balik. Wang penyertaan anda tidak akan dikembalikan.

3.     Dengan adanya syarat-syarat dan peraturan di atas, adalah diwajibkan kepada semua ahli NSOCM yang berbayar dapat mematuhi sepenuhnya syarat yang telah ditetapkan. Tujuan utama syarat-syarat dan peraturan ini dibuat adalah bertujuan demi kebaikan bersama untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.



© 2011 Nissan Serena Owners Club Malaysia (NSOCM) Hakcipta terpelihara.

.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger