Selamat Datang ke Portal Rasmi

SEJARAH


Pada awal tahun 2010 En. Razali telah mencipta gerup SERENA MALAYSIA di rangkaian sosial Facebook. Tujuan asal beliau adalah untuk mengumpulkan pemilik-pemilik nissan serena di Malaysia untuk berkongsi pendapat dan permasalahan mengenai MPV tersebut dari pelbagai aspek. Beliau telah mula mempromosikan kewujudan gerup ini di nismoclub forumers serta blog multiply sendiri. Usaha tersebut mula mendapat perhatian ahli nismoclub forumers abey gedebey dan ahli AMSC ( all Malaysia Serenas Club Malaysia ) wak Jep . Mereka ini adalah antara yang bertanggungjawab menarik penyertaan pemilik Serena ke gerup fb SERENA MALAYSIA .

Keaktifan gerup ini mula teserlah setelah melibatkan beberapa ahli AMSC. Perbincangan dengan Wak jep telah berjaya mengaturkan  perjumpaan ahli gerup SERENA MALAYSIA dan ahli AMSC buat pertama kalinya di parkir go kart stadium Shah Alam . Perjumpaan tersebut telah di pengerusikan oleh Presiden AMSC sendiri  iaitu En. Shukor Haji Johari . Bermula dari itu gerup SERENA MALAYSIA mula bernaung di bawah AMSC serta  menerajui kegiatan di Facebook secara amnya. Dalam tempoh gabungan tersebut telah berlanjutan beberapa perjumpaan dan satu aktiviti konvoi. Namun keserasian dengan AMSC tidak kekal lama . Pada Disember 2010 gerup Fb SERENA MALAYSIA telah menarik diri dari naungan AMSC .


Tanggal 22 jan 2011 merupakan titik tolak dan usaha ahli Fb gerup SERENA MALAYSIA telah mengadakan perjumpaan pertamanya.  Pada  perjumpaan tersebut kami telah memutuskan untuk menubuhkan kelab untuk pemilik nissan serena di malaysia secara amnya. Akhirnya pada perjumpaan kedua  nama NSOCM ( Nissan Serena Owners Club Malaysia ) telah dipersetujui bersama.

.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger