Salam Sejahtera ...
Peringatan kepada pemilik Kenderaan yg akan memulakan perjalanan jauh nanti, walaupun Kita telah masuk hari ke 13 Ramadhan namun dikesempatan masa yg ada buatlah persiapan awal sebelum pulang ke Kg nanti atau dimana jua anda sekeluarga menuju…Supaya kegembiraan menyambut Hari Lebaran nanti tidak terganggu disebabkan masalah kenderaan mengalami kerosakkan semasa perjalanan nanti…Pastikan ia diselenggara dalam keadaan terbaik dan mematuhi keselamatan keluarga dan pengguna lain.
Langkah-langkah:
1- Periksa Air radiator, cap, hose kipas , tank wiper dll
2- Periksa Bateri, Sistem lampu, system audio
3- Pemeriksaan Minyak Enjine, gearbox, break, Axel, stering, break pad
4- Pemeriksaan Tayar , bunga, nut, rim, Tayar ganti, jet Tayar, Tool@alatan kereta
5- Periksa Sistem Hawa dingin cuci ape yg patut jika tahu atau tambah gas jika berkurang.( hantar di tempat servis )
6- Bagi Model Serena C23 Auto (Stabilizer link) perlu dibawa sebagai persediaan jika link patah’
7- Bawa bersama kabel jumper, lampu suluh, lampu kecemasan, penanda amaran dll
8- Bawa payung dan tikar jika kecemasan ada gunanya…Jgn biarkan ahli keluarga didalam kenderaan semasa kenderan saudara rosak ditepi jalan pastikan letakkan keluarga ditempat yg. Selamat sebelum menunggu Pihak Plus atau bantuan penunda Insuran kereta dtg.
9- Pastikan Minyak petrol terisi penuh sebelum masuk ke lebuhraya bagi mengelakkan kesesakan di hentian Rawat terutama berbaris mengisi minyak.
10- Periksa Cukai Jalan dan Tamat tempoh Insuran kenderaan..jika tidak masalah besar.
11- Pastikan Smart tag, touch n go ada baki mencukupi
12- Jika didapati kenderaan anda bermasalah perjalanan jauh, carilah kenderaan lain yg boleh anda gunakan untuk meneruskan perjalanan anda sekeluarga, jangan memaksa jika kenderaan tuan bermasalah..ini akan mendatangkan resiko besar semasa perjalanan nanti…
Ini semua sekadar peringatan baik diri sy mahupun untuk kebaikkan anda semua, jika ada maklumat untuk disampaikan untuk kebaikkan bersama dialu-alukan..mudah-mudahan perkongsian kita bersama mendapat manfaat buat kita semua…
Selamat Berpuasa’