Selamat Datang ke Portal Rasmi

Perjumpaan Kedua gerup FB SERENA MALAYSIA 2011

Perjumpaan kedua fb gerup SERENA MALAYSIA telah di adakan pada 26 feb 2011. Lokasi berkumpul ialah di parkir go-kart Stadium Shah Alam antara jam 9.00 malam hingga 9.30 malam. Tepat 10.00 malam konvoi serena bergerak ke lokasi TT ke DeAttap Seafood, di seksyen 7, shah Alam.

Antara pebincangan penting malam tersebut ialah :

1. Memberi nama kelab iaitu NSOCM ( Nissan Serena Owners Club Malaysia )

2. Memilih beberapa buah logo untuk kelab secara undian dan logo ini telah dipilih dan dipersetujui bersama







3. Melantik pengerusi NSOCM En. Eri Nurfadillah melalui cadangan En. Hazami dan disokong yang hadir sementara En. Razali menawarkan diri sebagai setiusaha kelab. AJK penuh kelab tidak dapat dilantik kerana kebanyakan ahli adalah baru dan memerlukan masa untuk proses suai kenal. Ianya akan di lakukan pada suatu ketika yang sesuai.

4. Alamat untuk urusan surat menyurat juga telah di tetapkan beralamat di Lot 829, Kg. Tengah Assam Jawa, 45700 Bukit Rotan, Selangor D.E beserta talian 0132395557. Manakala laman sesawangnya http://nsocm.blogspot.com.

5.Menetapkan yuran keahlian sebanyak RM50 untuk keahlian berdaftar dan menerima T-shirt, Logo sticker dan nombor ahli serta menerima manfaat sebagai ahli kelab. Pecahannya RM30 untuk baju, RM10 sticker logo kelab dan nombor dan RM10 untuk tabung dan pengurusan kelab.

5. Setiusaha akan menguruskan segala aspek mengenai penubuhan kelab dan borang keahlian akan di adakan pada perjumpaan akan datang yang akan menggunakan NSOCM sebagai nama kelab yang menaungi fb gerup SERENA MALAYSIA.

6. Beberapa cadangan aktiviti untuk kelab juga di bincang antaranya konvoi dan hari kelurha tetapi tidak secara formal namun akan diusahakan pada masa yang mendatang.

Perjumpaan bersurai pada jam 12.05 pagi

HARAP MAAF TIADA GAMBAR SEMPAT DIRAKAM 








Share this post :
.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger