1) Harga dan Tahun Keluaran
korang kena pandai cari harga yang sesuai dengan kete yang ko nak beli... jangan tegok satu kedai je... try cari banyak kedai so korang leh compare harga mana yang sesuai ngan kete yang korang nak.. Biasa orang akan tengok tahun keluaran kereta tu... kalau nak yang elok, better ambik yang bawah daripada 5 tahun... kalau korang ambik yang dah 10 tahun keatas, loan tak boleh nak buat... lagi pon kalau kete tu dah lama, mesti dah banyak orang guna... Pastikan anda membuat kira-kira sebelum membuat keputusan.
pakai formula nih...
((Harga keta otr - 10% dpayment) X % interest ) X Repayment Period + Harga Keta selepas tolak dpayment
Jumlah bulan
contohnya:
Harga keta otr = RM100000
Dpayment = 10%
% interest = 4%
Repayment Period (yrs) = 9yrs
((RM100000 - 10%) X 4% ) X 9 + RM90000
108
2) Tengok Mileage
biasanya, tok kereta second, better korang pilih yang mileage yang bawah daripada 100000. lagi okay kalau bawah 50000.
3) Owner
biasa kita dengar kereta yang orang perempuan pakai ni elok. jangan caye sangat statement tu.. tak semua perempuan pandai jaga kereta... ada gak yang penah accident. so, check sama ada owner sebelum tu pernah accident ke belum.4) Alatan dalam kereta jangan cari kereta second yang dah banyak modified. biasanya kereta yang dah modified ni banyak giler problem... enjin pon banyak yang dah tukar lain...5) Reason orang jual kereta. korang kena gak tengok nape orang tu nak jual kereta dia. jarang orang jual kereta sebab nak tukar kereta baru... kebanyakan mereka tukar sebab kereta diorang dah ada problem... tapi tak semua cam ni. ada yang tukar sebab nak beli kereta baru... so pilih la..
6) Pastikan anda periksa baki hutang
kenderaan yang anda nak beli tu pada bank, samaada diaorang akan setelkan ke, tengok saman kot – kot ada.. periksa bagi puas hati sebelum membuat sebarang perjanjian.
7) Last skali,
sebelum korang beli kereta, korang bawak la member-member korang yang pandai dalam kereta ni.. suh dia check full body. takut ada masalah macam kereta potong ke, kereta bekas accident ke..
Tip buat pemeriksaan kereta terpakai
Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.Ketika anda membeli kereta, periksa beberapa perkara seperti berikut:
1. Luaran :
cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan).
1. Luaran :
cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan).
Buka pintu,
perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama ketika pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka).
2. Dalaman :
Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan stereng. Buka getah Pada pillar setiap pintu dan tengok spot welding nye ye.. kalau tak nampak spot weldingnya bermakna kereta tersebut ada masalah, disini kita boleh tau samada kereta tersebut potong atau tak, melihat pada bahagian dalam pillar tersebut.
Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak).
Bahagian hood depan:
Pastikan bar besi hadapan tidak bengkok atau ada sambungan kalau ada kereta tu pernah acsident.
Bahagian bonet belakang: Perhatikan sport weld dan silicon pastikan ianya masih original.. Pastikan juga tiada rekahan dan bekas simen
Bahagian lantai Bawah:
Periksa bahagian bawah lantai kereta samaada pernah ditukar atau pun kenderaan itu potong dan sambung. Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
Pastikan bahgian bonet belakang tak karat dan Pastikan bumbung tak ada karat diatasnya
3. Enjin :
Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke bengkel dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikannya.Kita boleh periksa keadaan enjin. Tarik dip stick keluar tengok keadaan minyak hitam didalammnya dengan merasanya menggunakan jari sama ada minyak hitam berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan enjin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta itu kerana mungkin salah satu gasket dalam enjin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall enjin tanpa tukar barang dalam enjin. Perhatikan head enjin tidak leaking pada gasket..Perhatikan Master Brake pump.. power stereng dan keadaan radiator dalam keadaan elok tiada tanda-tanda bocor.untuk periksa kebocoran radioter ,buka tudung radioter tank hidupkan dulu beberapa minit Periksa samada terbentuknya buih ataupun tidak pada air. Jika ada, kemungkinan gasket mengalami kerosakkan.Periksa juga kipas enjin, belting enjin dan aircon dalam keadaan elok..
Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang sudah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Hidupkan enjin dan hidupkan penghawa dingin, kedua-dua kipas berpusing, tutup penghawa dingin, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam enjin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan enjin selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam enjin berpusing dan berhenti secara automatik. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos. Perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak. Periksa cermin kereta. Periksa keretakkan pada kaca cermin kenderaan kerana untuk menggantikannya kemudian adalah mahal.Pastikan tali pinggang boleh dipakai. Pastikan 'jeck' clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik.Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
4. Buka bonet dan periksa enjin,
mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, injap sudah hendak kena grambal atau piston ring sudah longgar. hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang.
-Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. engine dah makan minyak hitam,dah teruk..banyak carbon
-Asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. salah tuning..minyak petrol lebih..so keta nih makan minyak la..so soh tokey tuning pa semua dlu kalau nak beli sebab tuning bukan murah woo..
-Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor atau coolant dah bocor so..kena overhaul gak..
Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.
Periksa pendawaian keseluruhan kereta. Ada atau tidak pengubahsuaian. Kadangkala pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakan.
5. Pemanduan :
Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.
Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.
Periksa pendawaian keseluruhan kereta. Ada atau tidak pengubahsuaian. Kadangkala pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakan.
5. Pemanduan :
Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.
Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Pandu kereta pada jalan yang lurus, lepaskan stereng dan kereta mesti bergerak lurus bukan menghala ke kiri atau kanan saja. Kalau ia ke kiri atau ke kanan ini mesti ada masalah pada sistem stereng. Ketika memandu uji (test drive), cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta.Tiada masalah semasa penukaran gear. Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi? Cuba anda pandu kenderaan tersebut clan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension
6. Yang akhir,
dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat, jenis kenderaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati daripada geran kereta.
Periksa sama ada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat itu ke JPJ dan balai polis trafik terdekat dan periksa sama ada kereta tu “selamat” atau tidak.
Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik.. Jadi Berhati-hati lah yerr...
kredit to firestartingautomobil.