Perjumpaan TTs kali ke 6/2011 telah diadakan pada 25 OKT 2011 Lokasi berkumpul ialah di parkir go-kart Stadium Shah Alam bermula jam 8.30 malam hingga 10.00 malam. Cuaca yang tidak menentu dengan rintik-rintik hujan renyai tidak menjadi menghalang para owner turun bersama untuk berkenal mesra . Kebanyakan sudah menyediakan payung . Suasana malam agak meriah kerana jumlah kehadiran mencecah sebanyak 21 biji. ralat .Ralat sedikit suasana tersebut tidak sempat di ambil gambar.
Tepat 10.30 malam konvoi serena bergerak ke lokasi TT ke DeAttap Seafood, di seksyen 7, shah Alam.. Suatu pergerakan konvoi yang agak besar untuk malam tersebut dan mungkin menjadi tanda tanya penghuni jalan raya sekitar Shah Alam.. Tiada Marshall. tiada sweeper mengiringi pandai2-pandailah sendiri berkonvoi ke destinasi.
Beberapa persetujuan penting telah di capai pada malam tersebut antaranya melantik AJK seramai 10 orang sebagai syarat untuk penubuhan kelab secara sah. Selain itu penambahan beberapa banefit sebagai ahli kelab yang di persetujui bersama.
Seramai 9 oarng telah mendaftar sebagai ahli pada malam tersebut dan sebahagiannya mendapat t -shirt dan logo kelab.
Terima kasih juga kepada En Azlysham dari kajang kerana sudi sponsor cupcake keluaran perniagaannya. terbaek dan sedap.
Sebanyak RM57 telah dikumpulkan untuk tabung kelab dan terima kasih dengan sumbangan anda.
Perjumpaan bersurai pada pukul 12.00 tgh malam. Namun begitu beberapa orang ahli masih meneruskan perkenalan untuk berkongsi pengalaman dan cerita tatkala esok hari minggu