Selamat Datang ke Portal Rasmi

DIY Tukar Manual Transmision Oil


Penukaran Minyak Manual Transmision Oil ni memang penting ditukar...jangan abaikan  kerana kerosakan kepada gearbox memerlukan perbelanjaan yang besar.
Untuk pengetahuan semua....
-Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
-Bagi ATF - Automatic Transmission Fluid ada sebut setiap 20,000km dah kena tukar. 
Bagaimana nak buat pemeriksaan minyak gearbox manual ada atau tak ada?
Kena buka skru tempat isi minyak gearbox, ( buka nut fill no.17 ) kat bahagian depan gearbox.. Cabut keluar dan letak tepi nut tersebut..

kemudian jolok lubang tu pakai hujung jari. kalau ada minyak  kat  hujung jari, makna nya cukup la minyak tu...kalau tak ada makna nya tak cukup la... 
Cuba tengok minyak gearbox tu bagaimana?.. sama ada dah hitam legam warnanya atau tidak... tengok sama ada  minyak cair ... Kalau minyak gearbox tu dah tak elok ... Seharusnya dah kena tukar baru dahh...
 _______________________________
 
Peralatan/tools yg diperlukan:
Spanar- untuk buka drain dan Fill nut.
super car jack- barang wajib untuk kenderaan
sediakan bekas untuk buang minyak terpakai
 
Langkah-langkah seterusnya
1-Gune car jack untuk naikkan kenderaan bahagian hadapan. 
2-Pasang Stand naikkan keempat-empat tayar.. pastu Berapa tinggi? ikut saiz badan asalkan korang boleh buat kerja dengan selesa
Ada 2 Cara nak tukar Manual Transmision Oil
A) Cara Pertama 
1)Secara ringkasnya ramai yang buat penukaran minyak gearbox dengan cara ini.. kerana agak simple dan mudah untuk dilakukan
2)Gunakan jack - Pastikan kita jack pada bahagian "tetulang" dan STAND - letakkan jack ini pada bahagian tetulang untuk keselamatan diri supaya tak kena hempap kereta..


3)Ok kat sini ada dua nut satu Fill ( sebelah atas sikit) dan satu lagi Drain ( sebelah bawah) .. Kena pastikan yang mana satu ye..


4)Ambil spanar no. 24mm untuk membuka drain nut. Cabut dan letak tepi drain nut tu..

5)Bila dah cabut nut minyak gearbox akan keluar,tunggu sampai habis kering keluar semua
Pastu jangan lupa pasang balik drain nut tu semula…

6)Buka nut fill no.17 kat bahagian depan gearbox untuk memasukkan minyak yang baru.
7)Tak kisahlahh..apa-apa minyak gearbox manual yang sesuai. hanya perlu 2 liter sahaja. 
8)Untuk kereta lama boleh  bubuh sekali dengan gearbox treatment, bertujuan melembutkan lagi dan memberi perlindungan pada gearbox selain meringankan pergerakkan ..
9)Kena buat corong nak masukan minyak gearbox.. Kena modifide sikit... Guna hose dan corong cantumkan.. pastu jolok ke dalam ruang enjin
 10)Nampak tak hujung hose tu… Ambil dan masukkan hujung hose ke dalam lubang fill ... 
  11)Tuang minyak baru pada corong tadi… Isi minyak gearbox  lebih kurang  2 liter lah.. 
12)Sampailah minyak mulai keluar meleleh ikut lubang inlet bermakna minyak dah mencukupi… Pastu tutup pasang kembali nut tersebut .. selesai lahh sudahhh..
 _______________________________
B) Cara Kedua
1)Selain itu ada cara lain yang boleh dilakukan sebagai altenatif jika terdapat kesukaran menggunakan corong dari atas .. (sama ada ruang enjin sempit sangat) boleh guna cara macam kat bawah ni..
2)Dapatkan Satu Set Fluid Lubrication Pump.. Benda ni boleh beli kat kedai hardware ada jual benda ni... Pasang kepala pump tu pada botol minyak gearbox tu.. 
3)Ambil dan masukkan hujung hose ke dalam lubang fill ... Pastu tekan-tekan kepala pump botol sampai minyak gear box mencukupi didalamnya… ( meleleh keluar ) ... dah penuh ambil nut tutup balik ... selesai lahh sudahhh..
_______________________________
Pesanan kami
Elak kan gearbox auto ni kena air atau kalau kereta memasuki kawasan banjir, Silalah checking minyak tu dengan segera. sebab apabila air tu masuk dalam gearbox ni dan bila air bercampur dengan gear oil akan merosakkan seluruh gearbox.   
kredit firestartingautomobil
Share this post :
.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger