Selamat Datang ke Portal Rasmi

One Day Drive @ Putrajaya - 15 Julai 2012


One Day Drive @ Putrajaya telah di adakan pada  15 Julai 2012 bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang. Walaupun Tema aktiviti berkonsep pemanduan namun ianya berkonsepkan kekeluargaan dan santai.. Lokasi Putrajaya di pilih kerana mempunyai  insfrstuktur yang baik serta pemandangan yang cantik.

Serba ringkas perjalanan aktiviti sepanjang hari tersebut

Pendaftaran peserta ODD seawal jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi . Tahniah keepada 2 oarang peserta yang baru mendaftar. Iaiti En Zaini dan En Idipahlawi. Penyertaan En Zaini pada hari tersebut juga telah banyak membantu melancarkan program pada hari tersebut memandangkan beliau bekerja dan menetap disitu. En Idipahlawi terpaksa pulang awal kerana ada urusan peribadi yang tidak dapat di elakkan.

Pada jam 10 pagi diadakan sedikit ucapan oleh Pengerusi NSOCM En Eri Nurpadillah . Seterusnya Taklimat ringkas yang di berikan oleh En Adnan bin Ali selaku Marshall Utama untuk program One Day Drive @ Putrajaya ini. NSOCM sangant beruntung kerana memiliki salah seorang ahli yang mempunyai kelayakan sebagai seorang Marsyall.






Konvoi telah di mulakan pada jam 10.30 pagi menuju ke PICC, Putrajaya .  Jarak perjalanan yang pendek namun mempraktikkan segala arahan dan peraturan serta keselamatan semasa berkonvoi adalah amat di titikberatkan . Para Peserta berehat sebentar untuk melihat pemandangan Putrajaya dari bangunan PICC.


Disni juga NSOCM merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga en.Azhar yang sudi menjadi photographer sepanjang Konvoi ini.



Seterusnya para peserta menuju ke Taman rekreasi Ampangan Park untuk aktiviti photoshot , Makan tengah hari dan sukaneka mini.

  Makan tengah hari ala Pot Luck. Terima Kasih kepada semua yang hadir. Semua sedap belaka dan semua jenis air adalah yang paling laris dan laku pada hari tersebut. Setelah semua perut sudah di isi dan mendapat rehat dan tenaga yang cepat. Aktiviti di teruskan dengan sukaneka mini yang melibatkan semua ahli keluarga NSOCM. memang meriah dan happening.

Seterusnya aktiviti di teruskan dengan penyampaian hadiah dan ucapan penutup oleh pengerusi NSOCM En. Eri Nurpadillah.. Selesai sudah berkemas, konvoi disambung semula ke Masjid Besi pula.
 Aktiviti konvoi berakhir di Masjid Besi . Para peserta menunaikan solat zohor dan bersurai selepas itu.

Pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli NSOCM dan ahli keluarga masing - masing yang memberi sokongan dalam  menjayakan One Day Drive @ Putrajaya .Pihk kami memohon kemaafan dengan  segala kekurangan dan kelemahan yang ada serta akan menjadikan panduan yang berguna pada masa yang akan datang.


Share this post :
.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger