Ini adalah TTs 01/2013 sebagai pembuka tirai 2013 yang di adakan pada 26 Januari 2013 bermula seawal 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. TTs kali ini agak berlainan sedikit dari yang sebelumnya kerana ia diadakan pada dua sessi iaitu petang dan sebelah.. Pada sebelah petang telah diadakan aktiviti tuning c23 sahaja dan pemasangan pivot megarizin oleh Ashmir ( Makenik paling Kemas berkemeja lengan panjang tu ) yang di import khas dari alor star ,kedah.. Terima kasih kepada Abang Abu Bakar Sabtu yang sponsor air untuk yang hadir pada petang itu. Saya Tabik abang Bakar, walau dah Jual serena dan bersama bini bari beliau preve .. tapi masih tetap memberi sokongan kepada kami... terima Kasih kepada Abang Bakar..
Pada petang ini juga beberapa ahli baru telah mendaftar. Sessi tuning telah bersambung pula ke sebelah malam pula.
Beberapa perbincangan awal telah di buat untuk aktiviti/penambahanbaikan yang akan di lakukan sepanjang 2013. Terima Kasih juga kepada En Adnan yang juga Marshall serta peserta yang lain yang turut membantu dalam melancar acara perbarisan dan photoshot pada malam tersebut.