Selamat Datang ke Portal Rasmi

TIPS LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN ENJINE KERETA


1.0  TIPS ASAS PENJAGAAN KERETA

  • Setiap 2 minggu atau 5000 km (yang mana dahulu)
  • Setiap bulan atau 2000 km (yang mana dahulu)
  • Setiap 3 bulan atau 5000 km (yang mana dahulu)
  • Setiap 6 bulan atau 10000 km (yang mana dahulu)
  • Setahun sekali atau 20000 km (yang mana dahulu)
  • Setiap 2 tahun atau 40000 km (yang mana dahulu)
  • Setiap 3 tahun atau 60000 km (yang mana dahulu)
  • Setiap 5 tahun atau 100000 km (yang mana dahulu)

1.1  Setiap 2 Minggu atau 5000 km (yang mana dahulu)
  • Periksa paras minyak pelincir dan kelikatannya. Tambah jika perlu
  • Periksa paras coolant (cecair penyejuk) di tangki radiator dan radiator reserve tank . Tambah jika perlu.
  • Periksa paras cecair pembersih windscreen. Tambah jika perlu.

1.2  Setiap bulan atau 2000 km (yang mana dahulu)
  • Periksa keadaan tayar dan tekanan anginnya.
  • Periksa paras Cecair Transmisi (ATF). Tambah jika perlu.
  • Periksa paras Cecair Brek. Tambah jika perlu.
  • Periksa paras Power Steering. Tambah jika perlu.
  • Periksa paras Air Bateri. Tambah jika perlu.
  • Pastikan lampu berfungsi.
  • Perhatikan tempat letak kereta jika terdapat tanda-tanda kebocoran
  • Sapu Wax kereta (untuk melindungi cat).

1.3  Setiap 3 bulan atau 5000 km (yang mana dahulu)
  • Periksa ketegangan Auxiliary Drive Belt (cth. Alternator Belt, Aircond Belat).
  • Periksa keadaan Bateri.
  • Periksa sesalur (Hose).
  • Periksa pengelap windscreen (Wiper).
  • Periksa sistem Ekzos

1.4  Setiap 6 bulan atau 10000 km (yang mana dahulu)
  • Tukar Minyak Pelincir dan Oil Filter  ( Setiap 6 bulan / 10000 km atau 3 bulan / 5000 km - Sila rujuk manual kereta anda (Car Owners Manual).
  • Periksa Sistem Suspensi (Suspension System) -Shock Absober.
  • Buat Tayar Rotation dan Balancing.
  • Selaraskan Karburetor (Untuk kereta yang menggunakan karburetor).
  • Periksa Fuel Filter.
  • Tukar Pengelap Windscreen Wiper )
  • Bersihkan Air Filter.
1.5   Setahun sekali atau 20000 km (yang mana dahulu)
  • Flush Radiator dan Tukar Coolant.
  • Servis Penyaman Udara (Air-Conditioner)
  • Tukar Air Filter.
  • Periksa Sistem Brek termasuk Brake Lining, Rotordan Drum.
  • Periksa Sistem Pengecas Bateri (Charging SystemAlternator).
  • Buat Imbangan dan Penjajaran Roda (Wheel Balancing and Alignment)
  • Tukar Fuel Filter (untuk kereta yang menggunakan karburetor).
  • Buat Chasis lubrication.
  • Tune up Enjin

1.6  Setiap 2 tahun atau 40000 km (yang mana dahulu)
  • Tukar Cecair Transmisi Manual, Filter dan GasketTangki.
  • Tukar Cecair Tarnsmisi Automatik (ATF), Filter danGasket Tangki
  • Tukar Fuel Filter  (untuk kereta yang menggunakanFuel Injection)
  • Sapu gris pada Wheel Bearing.
  • Minyakkan (Lubricate) semua engsel dan ibu kunci
  • Tukar Cecair Brek (Brake Fluid)
  • Tukar Spark Plug
1.7  Setiap 3 tahun atau 60000 km (yang mana dahulu)
  • Periksa wayar-wayar pada ignition (Tukar jika perlu)
  • Periksa Sistem Penyejukan (Cooling System). Tukar jika perlu (Hose).
  • Periksa ketegangan dan keadaan Timing Belt.
  • Tukar Bateri (Jika perlu)
1.8  Setiap 5 tahun atau 100000 km (yang mana dahulu)
  • Tukar Timing Belt dan Auxiliary Belts (cth. Air Cond Belts, Alternator Belts)

Tips-tips di atas ialah panduan penjagaan kereta jika anda memandu secara biasa. Pemanduan Lasak memerlukan perbatuan yang lebih rendah sebelum servis.  Jadual di atas juga berdasarkan kepada masa penyelenggaraan iatu secara umum yang selalunya dicadangkan. Oleh itu adalah lebih baik dan tepat sekiranya Manual Kereta (Owners Manual)anda dirujuk untuk  mengetahui Jadual Penyelenggaraan yang bersesuaian dengan kereta anda.


Apa yang di katakan sebagai PEMANDUAN LASAK ??  : 
  • Perjalanan kurang daripada 10 batu atau 16.3 km.
  • Pemanduan "berhenti dan jalan" di bandar.
  • Memandu di tempat berhabuk.
  • Menarik Treler.
  • Kereta tidak dipandu dalam tempoh yang lama.
Share this post :
.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger