Selamat Datang ke Portal Rasmi

FAMILY DAY NSOCM DI WETLAND PUTRAJAYA




Pada Tanggal 30hb. Oktober 2016, Merupakan Hari Keluarga Riadah Santai Nsocm Nissan Serena ini yang dirancang Oleh Saudara Wann bersama-sama Ajk Sukarela yang lain terdiri daripada Ida Suhaini,Mas Suhada Abg Rody, Abg. Adnan, Abg Ridzuan, Abg Lan Razak, Abg Rohaizad, Angah Zaini, Ejay Jay, Cheliy Drift, Azizee, Weng Fai, Bro Din . Hari Keluarga telah dirancang ke Acara tersebut di Pusat Rekreasi Air Wetland Putrajaya...




Jam 0830 adalah tempat berhimpun bagi Jentera-jentera serena yang akan turut serta berarak ke Lokasi Wetland beberapa kilameter sahaja. ..Dimulakan dengan Taklimat ringkas, Pemasangan Bendera Konvoi yang merupakan simbolik konvoi, penerangan pergerakkan dan doa selamat.

Jam 0930 Pergerakkan Konvoi Sampai ke lokasi Acara tersebut, Pendaftaran ahli untuk acara seterusnya. Disamping itu ahli keluarga telah membawa makanan/minuman potluck yang merupakan rutin setiapkali perjumpaan keluarga iaitu perkongsian makanan dengan setiap keluarga membawa dengan kuatiti yang sedikit supaya mengelakkan pembaziran.




Jam 1000 Merupakan saat yang ditunggu-tunggu anak-anak ahli dimana acara sukaneka keluarga bermula, Pelbagai acara dan kerenah kelucuan yang membuatkan kami sangat-sangat terhibur Tahniah buat Ajk-ajk yang merupakan ahli sendiri yang telah menjayakannya dengan cermelang.









Jam 1230 Adalah penutup acara penutup dan penyampaian hadiah buat semu ahli keluarga. 
Semoga Ikatan Kekeluargaan dapat diteruskan dimasa-masa akan datang...

Bermodalkan kecil-kecilan Kami cuba yg terbaik menghiburkan Keluarga Nsocm..Alhamdulillah, dengan Izin Allah permudahkan urusan kami semua..Jutaan Terima Kasih kepada yg terlibat secara langsung mahupun membantu dibelakang..Rata2 sukarelawaan kekeluarga yang Terbaik dan mencontohi Masa depan Junior2 Keluarga serena suatu masa nanti..

Share this post :
.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger