Selamat Datang ke Portal Rasmi

STABILIZER LINK C23


Stabelizer link ini merupakan alat sokongan spring leaf dibahagian belakang (Hanya Model C23 Auto) . Ini merupakan contoh-contoh rupa bentuk alat tersebut..


Stabelizer link ini mudah patah apabila mengisi muatan yg maksima selain itu Alat tersebut ada 3 model dipasaran..
1) ada yang sangat murah dan mudah patah selain jangka hayat penggunaan tidak lama, 

2) Harga pertenggahan Model 555 kotak kuning (  No.1 dan No.2 boleh didapati di pasaran kedai alat ganti..Namun gambar yg sy tunjukkan diatas warna merah itu telah dimodi oleh Ahli Serena sendiri iaitu untuk mendapatkan ketahanannya lagi..

3)Stabelizer link yg ori boleh didapati di hulfcut yg didatangkan dari Jepun..merupakan alat yg sama namun ia besar sedikit batangnya serta nampak sangat kuat..



Perkara Stabelizer Link patah sering berlaku dimana2 pada kenderaan model ini..antaranya faktor usia dan bebanan yg tidak setabil...SEKIRANYA TERJADI SEMASA PEMANDUAN alat tersebut patah sebelah..jangan bimbang ia masih boleh meneruskan perjalanan dan bawa dengan kelajuan yg perlahan sehingga berjumpa pomen untuk mendapatkan alat baru..

Sering kali ia patah disebelah sahaja samada kiri atau kanan bergantung bebanan...

Oleh yang demikian Saya sarankan Tuan2 pemilik Nissan Serena Model C23 Auto perlu ada didalam kenderaan Stabelizer Link ini sebagai tambahan simpanan jika berlaku diperjalanan yang jauh..
Sekiranya patah bagi yg tahu boleh memasangnya secara terus dengan adanya jet tayar dan spanar sudah boleh membukanya secara sendiri..Jika nak keselesaan lagi perlu membuka Tayar terlebih dahulu...

Gambar diatas berbeza dengan penerangan sebelum ini..Ini Juga dipanggil Stabelizer Link depan..bezanya ia panjang sedikit dan bentuk juga berbeza..Model C23 Auto dan Manual ada pada kenderaan ini.

Punca ketara sering berlaku bila pemandu memandu dipermukaan jalan yang tidak rata ia akan berbunyi kuat seolah2 macam tayar nak tercabut ..ini berpunca dari Stabilizer link dia punya bush dah rosak hanya perlu menukar bushnya sahaja dan boleh didapati dikedai alat ganti..Disarankan pakai yg Model Teflon warna biru..ia keras dan dijamin ketahanan lasaknya..Selamat mencuba.

Gambar sebelahnya berbeza..itu dipanggil ensel pintu sekiranya pintu serena Model C23 bila tutup ia jatuh sedikit inilah puncanya  perlu menukar kedua2 set tersebut atau menukar pin tersebut..pastikan ada bush besi dibekalkan sekali..sekiranya ensel boleh didapati di hulfcut.


Ini merupakan contoh sahaja bagi pemilik serena yg melakukan tambahan pengukuhhan pada Serena beliau dengan membawa bebanan yg berat dengan menukarkan spring asal serta membuat tambahan pada tapak spring bagi membawa muatan dengan menstabilkan tahap rendahnya jentera beliau kepada keselesaan pemanduan...Beliau telah menguji pada kenderaanya dengan muatan yg berat tetapi masih boleh mengekalkan kelajuannya sesuai dijalanraya..


Di lain episod sy akan berkongsi lagi untuk bersama mendapat ilmu teknikal yg tak seberapa ini..Hanya ikhlas dalam menyalur maklumat, sekiranya ada pandangan dan cadangan dari Tuan2 boleh kita berkongsi bersama...

Share this post :
.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger