Selamat Datang ke Portal Rasmi

HARI KELUARGA NSOCM 2011


 Hari Keluarga.NSOCM 2011 telah di adakan pada  24 Julai 2011 bertempat 
di Pantai Remis , Jeram. Selangor  antara jam 10 pagi hingga 2 petang.. Lokasi hari keluarga pada rancangan asalnya adalah di Pantai Indah Seaview Resort, Sg. Sembilang. namun terpaksa di pinda pada saat akhir disebabkan masalah caj tersembunyi /berlebihan yang di kenakan oleh pihak resort . 
 
Kedudukan Pantai Remis terletak bersebelahan resort sahaja oleh itu pemilihannya di anggap berbaloi kerana tida kos sewa tapak dan ianya percuma.

En. Othman telah memilih suatu lokasi strategik di Pantai Remis tersebut dan telah membuat tinjauan awal pada hari sebelum untuk memastikan program berjalan lancar. Beliau juga adalah antara peserta terawal sampai bersama En. Eri dan En. Zainuri sekitar 8.00 pagi untuk memastikan tapak hari kelurga tidak di ganggu gugat...

Pada pukul 10.30 pagi pihak urusetia telah sampai bersama kelengkapan . Sejurus itu aktiviti pun bermula. Pihak urusetia juga terpaksa merombak secara keseluruhan untuk di sesuaikan dengan tapak baru di pantai remis dan kebanyakannya dilakukan secara spontan tanpa mengikut susunan aturcara.
 

Aturcara di mulakan dengan sedikit ucapan pengelola Hari keluarga , seterusnya mengedarkan borang teka kacang untuk semua peserta. Di samping, itu pertandingan mewarna juga di jalankan . Kaum bapa pula menyiapkan juadah BBQ ikan bakar dan kerang.. Jam 12.30 tgh hari semua peserta makan tengahari 


Acara Sukaneka di jalankan setelah makan tengahhari. Acara sukaneka adalah seperti berikut ;
Golek bola pingpong- bawah 6 tahun
Bawa getah grip pakai straw - 7 hingga 9 tahun
Bawa bola pingpong pakai sudu - 10 hingga 12 tahun
Tiup Belon - sekolah menengah
kepit bola pakai copstick - acara Bapa
Kepit bola pakai copstick - acara Ibu
                                                      Pakaian beragam - Acara Famili





Acara Penyampaian hadiah  dan di ikuti pula dengan acara terakhir iaitu acara misteri" duit syiling siapa yang paling banyak ! " Acara ini telah di menangi oleh En. Azman. Tahniah..

Sebelum Hari Kelurga bersurai suatu sessi bergambar di adakan.
Tamat pada 2.30 petang.


Share this post :
.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger