Selamat Datang ke Portal Rasmi

Diy Lampu Neon, LED Strip pada kereta





Pemasangan pelbagai lampu sama ada Neon dan LED pelbagai warna pada kereta boleh dianggap acsesori tambahan untuk mencantikkan lagi kereta korang semua.. Antaranya macam kat bawah ni


A) Lampu Kalimantang / Fluorescent

Kadang kalau kita tengok kaki modified letak lampu hijau, biru, merah dekat bawah kereta, bawah skerting, kat bumper depan atau belakang.. Entah ler apa yg nak disuluh kat bawah kereta tu.. senang nak carik duit sen jatuh bawah kereta kot masa nak bayar parking... terikut sangat movie Fast & Furious...



Pemasangan wiring lampu kalimantang mudah tetapi   kena pasang Electronic ballast 12V punya baru boleh hidup lampu tu.( tak sama macam lampu kalimantang kat rumah punya yerr).. Boleh cari Electronic ballast 12V kat  kedai elektrik atau hardware...  Cuma ada risiko sikitlah, takut bila basah boleh short circuit … selalunya diorang tampal dengan silikon seal untuk melindungi  terkena air pada sambungan soket kalimantang... lagi satu risiko mentol lampu kalimantang akan pecah bergesel pada jalan berbonggol atau terkena batu .. so kena pasang suis on/ off  untuk waktu terdesak jumpa roadblock JPJ..


_______________________________
B) Lampu Neon

Kalau nak agak selamat bubuh lampu kat bawah kereta, ramai pasang lampu neon... tapi jangan le beli cap ayam... beli yang siap ada special case ( cover plastik) untuk protect dari air dan habuk. Jadi risiko short circuit tu kurang.. Tapi pastikan wiring lampu  neon tu tidak bersambung terus dengan lampu headlight kena pasang suis lain kat dashboard.. kalau ada JPJ tutup aje la suis tu...



Ok lampu neon ni lebih senang pasang pasal kedai acsesori kereta ada jual benda ni... siap ada 

dimmer control pulak untuk adjust kasi  terang gelap cahaya lampu neon ni... Dimmer controler ni gak sebagai suis on/ off lampu neon tersebut... lagi satu kena pasang fius untuk elak short circuit pada wiring..




_______________________________
C) LED Strip

Sekarang dah banyak kereta letak LED strip ni...sekali pandang macam kereta berhias pun ade gak.. mana tak nya.. kat grille depan, kat keliling celah door trim.. siap ada kat headlamp dan nombor plat belakang pun diorang letak...LED strips ni juga cantik untuk interior dalam kereta..




LED Strip ialah Light Emitting Diod ( LED)  yang dipasang pada satu litar memanjang dimana  anod dan katod di lengkapi  perintang 1ohm  bagi menghadkan arus 12v menjadi 9v sahaja memasuki LED dan disaluti dengan sejenis getah sintetik jernih ( waterproove) sebagai bahan penebat/perlindungan kepada litar LED.



Pemasangan LED Strip ni jual ikut kaki atau meter kat kedai acsesori kereta ...LED Strip ni  flexible boleh lentur dapat memutar ke dalam bentuk apapun dan ada macam macam colour pilihan nak warna merah, biru, putih semua ada.. pemasangannya senang hanya tampal dan lekatkannya pakai double tape ajerr..



-Kalau kita tahu basic wiring.. LED strip just plug n play saja ikut terminal negativ & positive... Wayar positif (wayar merah) boleh connect saja dari fuse bay..  Kalau nak selamat tarik wiring baru saja... kalau main connect-connect dengan wayer lain takut litar pintas plak..

-Wiring baru ambil karan dari bateri dengan fius sendiri, dari bateri positif terminal > fius > suis > LED (wayar merah) fius bergantung kepada panjang LED strip itu, antara 5A - 10A pasal LED tak kuat guna karan sangat.. Mula-mula  cuba menggunakan fius 5A dulu kalau tak boleh tukar pula ke10A kalau tak boleh juga check wiring mesti ada short circuit mana-mana.

-Tapi kalau sambung wiring led sambung pada  lampu besar (headlamp) pastikan ampere fuse pun di kasi besar sedikit.. contoh kalau fuse ori 10A.. tukar ke 15A..

-Wayar negatif (wayar hitam) pula sambung GROUND (sambung body kereta)

_______________________________

D) RGB LED Strip

Selain dari LED Strip ada satu lagi jenis lain iaitu RGB LED Strip.. RGB LED ni maksudnya Red Green Blue diod, mengandungi kombinasi tiga warna LED ( merah, hijau, biru) digunakan dalam satu.

seakan sama LED sedia ada  tapi lain sikit dari segi efek Flash pencahayaan LED lebih cerah sikit...




RGB LED ni sebenarnya dilengkapi dengan Controller dan  IR Remote yang mengawal flash cahaya yang keluar..  RGB LED Strip ni  flexible boleh lentur dapat memutar ke dalam bentuk apapun dan waterproove ... Wiring RGB LED Strip ni sama ajer... Cuma ada penambahan dengan memasang RGB LED Controller dan  IR Remote bagi membolehkan LED menyala mengikut frekuensi.. Selalunya bagi kaki modifide audiosistem kereta akan guna RGB LED Strip akan mencantikkan specker box kereta mereka ... jadi LED tu akan di control berkelip-kelip ( lip- lap) dengan perbagai warna lerr sebenarnyerr ..





_______________________________

E) Flexible Neon el Wire

Flexible Neon Wire berbeza dengan LED strips...Sebenarnya flexible neon  wire ini adalah jalur lampu electroluminescent yang fleksibel dimana cahaya yang di keluarkan selari tak ada nampak bintik-bintik macam LED strips... 


Flexible Neon el Wire juga waterproof,  boleh di letakkan di bahagian luar kenderaan dan juga di bahagian dalam kenderaan kat keliling dashboard kenderaan,tujuan nya bagi membuat kesan effect terang dan ranggi didalam kenderaan.... ada sesetengah pasang Flexible Neon el Wire pada headlamp buat macam Ring Angel Eye pun boleh...



Pemasangan flexible neon wire lebih mudah dan simple ajerr... cuma kena pasang DC inverter input - 12V  bagi  menukar arus terus kepada arus ulang-alik..








_______________________________

Pesanan kami


Walaupun kita anggap ianya sebagai acsesori hiasan kecil semata-mata ... Saya nasihatkan... Pemasangan  terutama penggunaan lampu berwarna (contohnya lampu warna biru/hijau/ungu/merah) pada kereta sebenarnya tidak dibenarkan pihak berkuasa JPJ... So jangan ambil risiko yerr. Hati-hati lah bila jumpa roadblock Trafic dan JPJ..

kredit to firestartingautomobile
Share this post :
.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger