Selamat Datang ke Portal Rasmi

Diy Pemasangan StickerBomb kereta


Sejarah "Sticker Bomb"
Asal usul Sticker bomb merupakan seni jalanan (street-art) di negara barat pada awalnya bermula disebabkan banyak sticker ( ibarat macam sticker iklan ahlong ) ditepek sembarangan di merata tempat seperti di dinding bangunan , papan tanda dan kaki lima lorong-lorong jalan
Sehingga bila dah terlalu banyak tempek sticker berlapis-lapis dengan penataan dan kombinasi warna sampai menarik perhatian orang ( tetiba orang tengok cantik plak…) dan akhirnya di angkat menjadi salah satu dari karakter seni jalanan. Sebenarnya Sticker Bomb ni adalah hasil seni gabungan antara Kartun animasi, Funky, featuring illustration, graffiti, dan graphics..
Pada tahun 2008 terdapat usaha dari seorang penerbit buku iaitu RackGaki dari Studio Rarekwai yang mengekplotasi seni graffiti di Jepun telah mengumpul lebih 250 gambar sticker hasil seni street-art tersebut kemudian beliau membukukan hasil seni tersebut ..kemudian buku tersebut diterbitkan oleh  Laurence King Publishers..
_______________________________ 
Teknik Tampalan Sticker Kecil pada Kereta  
Sepertimana yang korang tahu "Sticker Bomb" ni asalnya popular dari budak-budak kereta negara barat dengan "USDM Trend". (united state domestic market). Ciri utama Sticker Bomb adalah dengan menampal  satu panel penuh selalunya pada bahagian fender, hood, lip, skirting atau spoiler kereta dengan sticker-sticker kecil beraneka warna, mengunakan sticker-sticker yang ada pada buku Sticker Bomb Studio Rarekwai tersebut atau sticker-sticker lain yang ada dengan kreativiti mereka... Pada awalnya tampalan sticker dilakukan macam dibawah ni...
A) Pada Bahagian fendar kereta
Tampalan sticker kecil berlapis-lapis secara tidak teratur … Tapi nak guna banyak keping sticker kecil untuk memenuhi  setiap panel body..
B)  Pada Bahagian Dashboard kereta
Pada bahagian dashboard pun sama boleh tampalan sticker kecil berlapis-lapis secara tidak teratur …
C) Pada bahagian Hood/ Bonet Kereta
Pada bahagian Hood depan atau bonet kereta memerlukan lebih banyak sticker kecil berlapis-lapis secara tidak teratur untuk menutup permukaan bonet
D) Pada bahagian Sport Rim Kereta
Pada bahagian Sport rim kereta pun boleh guna sticker kecil di tampal menutupi permukaan bibir sport rim tersebut…. 
  _______________________________
Teknik Tampalan Sticker Bomb digital printing Kereta  
Kalau korang perasan makin banyak kereta yang tempek “Sticker Bomb” dah nampak macam satu trend pulak…. Zaman sekarang ni pulak dah senang  ”Sticker Bomb” dah dibuat secara teknologi digital printing sticker. Beberapa foto atau desaign sticker digabung-gabungkan dengan software edit gambar, macam photoshop. barulah dilakukan printing. Dan hasinya permukaan taklah nampak bertumpuk-tumpuk tapi tetap seperti kumpulan sticker.. Tetapi permukaannya licin dan rata lahhh...
 “Printing Sticker Bomb” harga lebih kurang 1 kaki = RM10 atau 1 roll (4'x5')= RM180.. Boleh didapati di kedai potong printing sticker atau sekarang pun dah ada jual kat kedai aksesori kereta..
 1) Dapatkan segulung printing sticker bomb, felt edge squegee dan mata pisau tajam
2) Potong sticker bomb mengikut ukuran bentuk bahagian part supaya senang untuk di tampal
3) Tampal “Sticker Bomb” pada bahagian part kereta yang nak di lekatkan..
 4) Gunakan felt edge squeegee untuk meratakan “Sticker Bomb” dari gelembung udara.. 
 5) Potong lebihan Sticker dan buang lebihan Sticker tersebut dengan pisau tajam.. 
 6) Setelah lebihan Sticker dibuang sila raba-raba dengan tapak tangan pada permukaan untuk mengesan gelembung udara yang terperangkap (Air buble) dalam sticker.. 
 7) Masalah air buble ni boleh diatasi dengan cucuk Air buble dengan hujung pisau utk keluarkan gelembung udara di dalamnya.. Atau gunakan air release tool cucuk pada kawasan air buble buang gelembung udara .. 
 8) Kalau nak lebih kemas dan colour lebih tahan lama lagi.. Bolehlah  sembur ngan spray clear pada permukaan part.. Tapi kena tengok jenis dakwat ink sticker bomb tu... ada sesetengahnya akan rosak bila spray dengan clear..
 _______________________________
Contoh Sticker Bomb pada Part kereta 
kredit to  firestartingautomobil
Share this post :
.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger