Selamat Datang ke Portal Rasmi

Diy repair windshield kena batu



Pesanan kami
-Jika kita follow belakang lori yang membawa batu, sila jauhkan jarak kereta kita dengan lori..
takut kalau-kalau batu yang jatuh akan terus kena cermin depan atau melantun dari jalan naik keatas cermin
-Jangan follow belakang lori bawak batu..
-Kalau boleh turunkan sikit cermin sisi agar suhu dalam kereta (bila air-cond dihidupkan) supaya suhu dan tekanan luar dan dalam kereta sama.
-Punca pecahan cermin berlaku apabila perbezaan yang ketara antara suhu luar yang panas dan suhu dalam kereta yang sejuk...jadi ianya menyebabkan tekanan luar agak tinggi berbanding dalam kereta...bila batu walaupun kecil jatuh atas permukaan cermin...maka cermin tak mampu menahan hentakan batu itu...
-Kadang kala jika suhu luar terlampau panas tetiba kita pasang air cond menyebabkan kejutan suhu... cermin kereta kita boleh retak secara tak semena-mena tanpa ada objek yang terkena di cermin kereta.
-Sila ambil perlindungan insurans untuk cover cermin kereta .kalau terjadi apa-apa senang kemudian hari..

Antara jenis-jenis kerosakan pada permukaan windshield yang biasa berlaku keretakan cermin...terkena batu yang terjatuh dari lori...
Kos repair kat kedai Dr. Cermin nak repair Windshield yang retak lingkungan RM 180....berbanding kalau tukar cermin RM 500... so altenatif lain adalah repair sendiri lebih murah sikit...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Repair Windshield Retak
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Windshield sombing terkopek
Cuba guna “Gloveman Windshield Repair Kit”
harga dalam lingkungan RM65.00.... Saya pernah nampak ada jual kat Tebrau Jusco, JB.. tak tau lah kalau brand Jusco kat tempat korang ada jual ke tak...

Hah ni semua peralatan yang ada dalam pack tersebut
1. kaki tool support
2. Plunger
3. Razor blade (pisau cukur)
4. Resin (1.5g)
5. Clear Finishing Film
first step,Ambil pisau cukur bersihkan serpihan pada permukaan windshield berlubang yang retak sumbing tu..

Lekapkan tapak “kaki tool” berada dibahagian center ( lubang center tepat-tepat dengan pada permukaan windshield sumbing tu )
Kemudian pasang screw “tiub pembaikan” pada lubang tapak kaki tool .. Putar screw ke kanan dengan ketat sehingga mencecah dasar tempat sumbing
Cuba tengok dari dalam kereta .. Perbetulkan kedudukan tiub hingga benar-benar mengenai dan mencecah tempat sumbing
Titiskan 2-3 titik cecair resin kedalam “tiub pembaikan” .. Tapi jangan titis resin banyak sangat nanti susah nak kering pulak

Pastu masukkan plunger kedalam tiub.. Pusingkan plunger kekanan ini bertujuan memberi tekanan supaya dapat menolak resin meresap ke dalam tempat kerosakan..
Kemudian longgarkan semula ( putar ke kiri) plunger sedikit saje supaya gelembung udara terperangkap dapat keluar..

Ambil sekeping “clear finishing film” kemudian titiskan sedikit resin diatas kemudian tampal permukaan film di atas kawasan pembaikan masih lembap .. Pastu tape sikit bahagian tepi kiri kanan film tu supaya tak lari atau melorot jatuh dari tempat asalnya… kemudian tunggu lebih kurang 15-30 minit… biarkan resin kering
Kalau kat kedai cermin diorang guna heated UV light ( warna biru) untuk keringkan cepat dengan sempurna cecair resin pada permukaan cermin..Masa yang diambil kalau guna heated UV light lebih kurang 10-15 minit saje.

Buang tape … kemudian ambil pisau cukur tanggalkan film yang melekat tadi… kemudian dengan guna pisau cukur kikis untuk meratakan permukaan cermin dari kesan-kesan lebihan resin .. Bersihkan dengan kain pada cermin tersebut….siap dahh
 
Selepas repair, tempat sumbing tu tertutup semula… walau pun dah repair kalau kita tenung bekas sumbing tu memang masih ada nampak bekasnya sikit…tapi kira ok dari sebelumnya kan..kan..
_______________________________
Windshield Cracks ( retak merekah).
Ok ada satu lagi jenis kerosakkan yang serius iaitu Windshield Cracks ( retak merekah) ... Kalau tak di rawat segera nanti lebih bertambah buruk lagi keadaanya ( crack akan merebak lebih panjang lagi)
Jika windshield mengalami Cracks ( retak merekah).. Titiskan 2-3 titik cecair resin di sepanjang tempat jaluran crack tersebut…

kemudian titiskan sedikit resin diatas “clear finishing film”

Pastu tampal “clear finishing film” di atas kawasan crack tersebut .. Biarkan lebih kurang 15-30 minit untuk resin benar-benar kering

Terpulang pada korang nak biar jemur pada matahari agak lambat nak kering.. Tapi kalau guna heated UV light cepat sikit kering resin tersebut..

Gunakan pisau cukur tanggalkan film yang melekat tadi… kemudian dengan guna pisau cukur kikis untuk meratakan permukaan cermin dari kesan-kesan lebihan resin.. Bersihkan dengan kain pada cermin tersebut….siap dahh

Seperti yang saya cakap selepas repair, bekas tempat crack tu bercantum semula tapi ada nampak bekasnya sikit ada garisan halus tapi kira ok lah tu …

kredit to  firestartingautomobil
Share this post :
.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger