Selamat Datang ke Portal Rasmi

Tip Alignment dan balancing tayar kereta




Buat alignment Tayar
Alignment ni istilah teknikalnya...car/handling/suspension geometry setting.dimana dua tayar di depan diselaraskan untuk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dengan tayar depan supaya serentak semasa on the road. Kalau allignment lari,buat lah balik allignment . Cuma allignment ni bergantung pada steering rack. Adalah disarankan setiap 3,000 - 5,000 km buat alignment sekali.

_______________________________
TOE-in TOE- out
Alignment juga kita sebut sebagai adjust TOE untuk kesemua 4 tayar axle depan dan belakang.. tapi axle belakang tu tidak lah semua model boleh adjust bergantung kepada sistem suspensinya
TOE maksudnya adalah berapa banyak tayar terkangkang keluar atau masuk. TOE ni ada dua iaitu Toe in ( tayar terkangkang kedalam ) dan Toe Out (tayar terkangkang keluar) ini kalau kita tengok dari hadapan kereta lah...Biasanya adjust TOE harganya lingkungan RM15 ke RM25 saja

_______________________________

Caster Dan Camber

1)CASTER= yang pakai mesin pastu dia tembak light antara kedua tayar supaya selari lepas tu dia adjust nut untuk bagi selaras balik.Tapi bagi sesetengah kereta caster biasanya dah tetap dari kilang dan tidak boleh diubah


_______________________________
2) CAMBER= pula adalah sebanyak mana tayar terkangkang keluar atau masuk dipandang dari depan samaada dengan menambah screw camber yang boleh adjust.. kalau tengok tayar kereta kangkang semacam tu haa kena buat camber la tu. Nak tau bila kena buat wheel alingment? Kalau kita lepas steering then kereta kita ke kanan or kekiri.. Biasanya adjust CAMBER ni lebih kurang dalam RM15 ke RM20 pertayar

_______________________________
Tanda-tanda CAMBER ada kemungkinan lari
1) mungkin camber lari semasa langgar lubang yang kuat
2) Kalau nampak tepi tayar tu dah berbulu je. ( tayar dah makan sebelah )
3) Cuba try pusing steering kekiri dan kekanan semasa kereta kereta berhenti atau selekoh. Kalau rasa tak sama berat, contohnya kekanan lebih berat daripada kekiri, atau steering dah senget sebelah ajerr
Pergi hantar check kat kedai tayar la jawabnya.



Selalunya kereta standard screw camber specs kilang berbentuk bolt dengan batang beralur dengan kepala bentuk segienam tu. manakala nut pula adalah pengikat, bentuk segienam dengan alur di tengah-tengahnya. fixed camber standard screw camber specs kilang dalam bentuk -0.5 degree camber_______________________________
Perbezaan antara camber screw biasa dengan adjustable camber


A) kalau kereta kita dah buat lowered kasi rendah, ada pakai spring sport, absorber sport yang tapak rendah, atau spring potong atau sport rim besar ... kedai tayar selalunya akan advice menukar camber screw asal standard -0.5 degree itu kepada adjustable camber -1.5 degree.. Hah adjustable camber -1.5 degree ni mahal sikit harganya sebatang RM 15-25... kadang kala kedai tayar ni sembelih harga mahal.. Itu baru harga bolt, belum masuk upah tau ..
Selalunya pekerja kedai tayar akan cakap kat kita “ Hallo bos. camber sudah lari, mau setting kasi betol balik. satu tayar RM 25 linggit ooo...”



B) Kalau Kereta Standart tak ada lowered-lowered tak pernah tukar absorber selain absorber standard, spring pun standart kilang punya pakai camber screw biasa-biasa ajer (-0.05 degree ) tak perlulah pakai yang jenis adjustable chamber (-1.5 degree punya ) suruh ajer kedai tayar tengok keadaan senget tu macam mana.. negative or positive kemudian buat correction screw camber asal, kasi straight balik.. bleh la pakai...
Cuba minta orang kedai tayar yang sedang buat alignment jelaskan (explain) apa maksud gambarajah dan angka-angka di skrin komputer wheel alignment tersebut. Tanya mekanik tu dulu maybe ada sebab lain kalau tak buat ada effecnya akan berlaku
-Tayar botak tak sekata ke ? atau
-Jalan kena selalu pegang steering ke? atau
-Memastikan sentuhan tayar di jalan raya dalam keadaan sudut yg sepatutnya.
Hah ... Selalu kita serah bulat-bulat kat kedai tayar... mana lah kita tak kena sembelih harga... tak tau pun apa sebab yang dibuat alignment tu...



_______________________________
Bacaan berdasarkan reading kat skrin komputer wheel alignment tersebut

A) unit ukuran TOE biasanya dalam mm.
ada juga yang guna degree.TOE 0 mm bermaksud tayar tegak lurus ke arah depan.TOE +5mm bermaksud tayar terkangkang keluar sebanyak 5mm dari hub.TOE -5mm bermaksud tayar terkangkang masuk sebanyak 5mm dari hub.

B) unit ukuran CAMBER adalah degree.CAMBER 0 degree bermaksud tayar tegak ke atas.CAMBER -1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar masuk ke dalam sebanyak 1 degree.CAMBER +1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar keluar ke luar sebanyak 1 degree.

Ini cuma agak-agak ajer (kalau salah tolong bagi tau yerr) Tengok computer screen tu contohnya.. kiraan nya tayar kiri atau kanan kalau boleh mesti sama condong.. Tapi payah nak dapat.. sebabnya tayar kita tu memang dah makan sebelah... tu yang payah nak dapat perfect
A) kalau duduk dalam petak hijau contohnya .. selalu nya antara tolerence +0.1 hingga ke -1.5 degree masih kira ok lagi lah...tapi kalau kanan condong sangat(-ne) dan terkankang dari kiri.. steering akan berat sebelah.. kalau lepas stering kereta akan kekiri.. dan sebaliknya..

B) kalau duduk dalam petak merah contohnya.. camber kereta tersebut memang sudah lari, masuk ke dalam ruangan "merah" di luar toleransi camber yang dibenarkan. tentukan perbezaan antara kiri kanan tak lebih dari 0.5 kira masih ok lah tuu..Kadang kala walau pun merah pun tayar kiri lebih sikit tak apa tak menjejaskan dan memberi effect sangat pada tayar, tapi tentukan every 10,000km rotate tayar..
_______________________________
Buat balancing tayar
Balancing pula imbangan tayar beserta rim. ini nak make sure putaran tayar beserta rim ini adalah seimbang pada paksi putarannya (pada hub tayar).Kalau rim keluar kilang memang ok...cuma tayar ada tolerance pembuatan. so, kena buat balancing. Over the time pun kena buat juga sebab tayar dah lusuh...luar dan dalam tak sama kadar hausnya. Balancing tayar ni disarankan setiap enam bulan.

Kalau masa bawak kereta steering gegar.. pegi kedai tayar mintak buat balancing mungkin sebab tayar kita berpusing tak seragam atau tak smooth la.kalau tak nak buat?steering akan sentiasa bergegar.. tangan nak pegang pun penat.
Ok pasal steering gegar ada satu masalah lagi yang mungkin berkaitan iaitu ada kemungkinan sport rim dah bengkok..
Apa ciri-ciri yang anda rasa pada kereta anda jika sportrim bengkok :1. Steering bergegar (stereng jadi gegar gile bila speed 110.)2. Dashboard bergegar3. Tayar berbonjol4. Cermin tingkap bergegar5. Satu kereta bergegar (paling teruk)

Hantar ke bengkel engineering. (biasanya diorang boleh buat). Ia mengambil masa lebih kurang 1/2 hari utk disiapkan bergantung pada bengkel. Diorang akan bakar sportrim tu kalau bengkok teruk sangat untuk bulatkan balik. So,stanby je la kalau warna pada sportrim tu akan hilang sebab diorang bakar. Kalau tak berapa teruk,diorang akan ketuk je dan lay sedikit pada bahagian yang berbonjol. Tapi hasilnya tak la perfect macam beli sportrim baru. Cuma sedap la sikit kalau nak pakai. . Kos lebih kurang RM50-RM100 bergantung pada bengkel._______________________________
PESANAN KAMI..

Cuba bayangkan kereta, apabila tak pernah nak buat alignment, camber lari habis, Mungkin risikonya lebih besar lagi nanti… So janganlah kita suka ambil ringan ...kalau tayar dah terkelepet atau terkepak terkeluar macam kat gambar atas tu... pulak tu masa drive kereta laju... Boleh accident tau..
kredit to /firestartingautomobil.
Share this post :
.

PENGUMUMAN

cubaanKDALAM PROSES NAIK TARAF

sembang nsocm

pengikut

 
Support : Dasar Privasi | Penafian | Hak Cipta
Copyright © 2015. NSOCM - All Rights Reserved
Template by zarrazonbiz Modified by NSOCM
Proudly powered by Blogger